Sep 9, 2005

"Kiamat Udah Mampir..."

"Kiamat sudah dekat men!!"

Hum..cite ni memang best. Apa yg best?? Mesejnya cukup indah. Kisah Fandi, seorang rocker kelahiran Amerika. Jahil agama plak tu (khatan pun tak tau..hehe) dan kisahnya si Fandi terjatuh cinta pula dengan Sara, seorang Muslimah anak Haji Romli. Aduh, payah deh. Iya, Hj Romli itu 'demand' nya tinggi. First is AGAMA!

Terus..banyak dugaan yang mendatang utk si Fandi yang 'huru-hara'

Jika dikata Fandi bodoh utk terus menagih cinta Sara, dan menurut syarat-syarat Haji Romli..mungkin ada yang akan mengangguk. (Tapi, itu yang bisa dibanggakan..kerna itu baru benar kuasanya cinta, kan??)

Awwalan, Fandi kena belajar solat, kena belajar mengaji..segala basis sebagai Muslim. (Waduh Fandi, Musolla pun tidak kamu tahu ya..)

Lantas, si Saprol jugak yang mengajar semua (Alah budak kecil yang mencuri kasutnya si Fandi itu :) Syarat terakhir adalah 'ikhlas' yang diletak oleh Haji Romli (Swear..2 weeks ya :)

Fandi benar dalam kesulitan untuk bermula dari awal tapi segalanya ditempuh dengan semangat. Bukan tu je, siap berda'wah pada keluarganya (yang juga jahil) dan kawan-kawan rockers yang lain. Kiamat benar sudah dekat men!!

Segalanya merubah si jahil kepada 'alim. Kini, ia bukan lagi tentang Sara tapi kerana iman..kerana Tuhan. Manusia sudah kembali pada Tuhan. Itu satu kemenangan bukan??

Cinta bisa merubah jahil kepada 'alim
Cinta merubah Fandi kepada Muslim
Cinta menyejukkan hati Haji Romli yang keras
Cinta mengajar erti keikhlasan
Cinta menyusur erti persahabatan..

Cinta itu..bila mana ia berpaksi kecintaan pada Tuhan. Cinta pada Tuhan membenarkan segalanya, tiada kecewa. Bila iman itu benar ikhlas, tiada lagi rasa kesempitan.

Bila tak dapat apa yang diingini maka ia akan diserah pada Tuhan. Benar, mungkin yang lebih baik telah Allah simpankan buat kita yang mempercayai cinta.

Tulusnya Fandi dan Sara berhajatkan cinta itu disatukan. Ya, jika ia benar seorang jodoh..Allah pasti mafhum. Kesungguhan + keikhlasan Fandi dan kesudian Sara berbait tulus serelung doa yang menyatukan hati mereka di bumi khaliq. Dan, Fandi akhirnya bersatu dengan Sara.

Bersatu sebuah iman, ikhlas..atas nama sebuah cinta. Kiamat dah dekat..hmm!!

~Bila terompah kasih bergantungan bersama mawar mekar :)

No comments: